Carian
Samsung Galaxy A12 Nacho Dilancarkan Dengan Cip Exynos 850
August 9, 2021 Amy Maizuraa

Pasaran Russia dilihat menerima penawaran telefon pintar baharu daripada Samsung menerusi pengenalan Samsung Galaxy A12 Nacho. Ia mempunyai rekaan fizikal dan spesifikasi dalaman yang sama seperti model sedia ada. Perbezaan utama hanyalah terletak pada sokongan cip pemprosesan – di mana, Samsung Galaxy A12 Nacho menggunakan cip Exynos 850.

Samsung Galaxy A12 Nacho

Untuk spesifikasi khusus, Samsung Galaxy A12 Nacho dilengkapi skrin bersaiz 6.5-inci TFT LCD dengan resolusi HD+ dan nisbah aspek mencapai 20:9. Ia kemudiannya, dipadankan dengan pilihan memori sehingg 4GB RAM, storan dalaman sehingga 64GB dan bateri berkapasiti 5000mAh yang menyokong pengecasan 15W.

Tetapan kamera terdiri dengan 48-Megapixel (utama) + 5-Megapixel (Ultra-lebar) + 2-Megapixel (kedalaman) + 2-Megapixel (makro). Manakala, kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel. Lain-lain spesifikasi termasuklah – pengimbas cap jari sisi, port sambungan USB-C, Bluetooth 5.0, bicu audio 3.5mm dan banyak lagi. Di Eropah, ia dijual pada harga bermula RUB 11,990 (~RM689) untuk sebuah.

Sumber : Samsung

Komen