AirPods Diberikan Percuma Kepada Remaja Yang Menerima Vaksin Covid-19 Di Washington D.C

Diterbitkan pada Ogos 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Di Amerika Syarikat golongan anti vaksin enggan menerima suntikan yang mampu menyelamatkan mereka dari jangkitan Covid-19. Ini adalah punca mengapa angka jangkitan harian A.S kini meningkat semula selepas turun mendadak sejak April. Bagi menggalakkan penerimaan vaksin, pelbagai usaha unik dilakukan oleh pihak berkuasa.

Apple AirPods

Di Washington D.C, golongan remaja berusia di antara 12-17 tahun yang bersetuju menerima suntikan vaksin akan diberikan AirPods Percuma atau kad hadiah bernilai $51. AirPods diberikan dengan suntikan pertama. Disamping itu penerima juga berpeluang memenangi biasiswa $25,000, iPad dan fon kepala percuma.

Pemberian vaksin kepada golongan remaja telah dimulakan di A.S sebelum sesi persekolahan bermula. Sememtara itu di Malaysia pihak Kementerian Pelajaran masih belum memberikan sebarang maklumat mengenai bilakah ia akan dimulakan atau memberi sebarang garis panduan dengan sekolah akan dibuka dalam masa kurang 21 hari sahaja lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami