Cari @ Amanz

Samsung, Xiaomi, Oppo, TCL dan LG adalah antara pengeluar yang sudahpun mempatenkan rekaan peranti boleh-gulung mereka. Setakat ini masih tiada produk komersial ditawarkan kepada pengguna tetapi pengeluar seterusnya yang mungkin ingin melancarkan peranti boleh-gulung ialah Huawei.

Mereka mempatenkan rekaan peranti boleh gulung mereka ke WIPO dan ia lain dari rekaan yang dilihat sebelum ini. Bahagian skrin terbuka ke sisi kanan tetapi tubuh masih kekal pada saiz yang sama. Motor yang menggulung skrin diletakkan pada sisi kiri dengan magnet pula memastikan skrin melekap pada peranti sepanjang masa.

Paten difailkan tahun lalu tetapi hanya diterbitkan pada 5 Ogos lalu sebelum ditemui laman LetsGoDigital. Selain skrin boleh-gulung, turut dapat dilihat sistem tri-kamera pada bahagian belakang. Dengan pasaran peranti boleh-lipat masih belum cukup matang pada waktu ini kerana kos yang tinggi, mungkin peranti boleh-gulung memerlukan beberapa tahun lagi sebelum dipasarkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd