Cari @ Amanz

Ini Adalah Apa Yang Popular Di Facebook Malaysia Sempena Sukan Olimpik 2020

Oleh Aman

Link Copied!

Sukan Olimpik 2020 baru sahaja melabuhkan tirainya, dan kini Facebook telah pun berkongsi beberapa data menarik yang berlaku pada platform mereka ketika Sukan Olimpik 2020 ini.

Melalui data yang dihimpunkan antara 23 Julai 2021 sehingga 8 Ogos 2021 yang lepas, atlet yang paling banyak disebut di Facebook oleh pengguna Malaysia adalah Azizulhasni Awang, Goh Liu Ying, dan juga Aaron Chia Teng Fong.

Dari segi sukan yang paling banyak dibincangkan melalui Facebook di Malaysia adalah badminton, basikal trek, dan juga gimnastik.

India, Amerika Syarikat dan Brazil dilihat antara negara yang paling aktif berkongsi dan berinteraksi melibatkan Sukan Olimpik 2020 di Facebook.

Menariknya juga, Facebook berkongsi yang mana Azizulhasni Awang dan Goh Liu Ying telah menarik paling banyak interaksi pada platform Facebook, sementara Lee Zii Jia paling banyak menarik interaksi berkaitan Olimpik di Instagram. Perkongsian kemenangan Azizulhasni Awang untuk pingat perak dilihat telah menarik lebih 1.2 juta interaksi pada platform Facebook!

Dari segi perkongsian Reels pula, yang paling banyak ditonton adalah daripada Azizulhasni Awang, diikuti Jeremiah Loo dan juga Chan Peng Soon.

Bagi anda sendiri, bagaimanakah anda menggunakan Facebook ketika mengikuti acara Sukan Olimpik 2020 ini?


Komen ()