Cari @ Amanz

Honor Magic3 Menjadi Peranti Pertama Dengan Ciri IMAX Enhanced

Link Copied!

Siri Honor3 akan dilancarkan pada 12 Ogos ini dengan peranti dipercayai akan menggunakan cip terkini Snapdragon 888+. Pelbagai imej acah yang dikongsi setakat ini memperlihatkan kemampuan kamera yang lebih baik dari peranti lain serta rekaan bonggol kamera yang bulat.

Kini sebuah lagi imej acah rasmi telah dikongsi oleh Honor yang mengesahkan ia telefon pintar pertama yang melepas piawai IMAX Enhanced. Menerusi piawaian ini, peranti boleh memaparkan kandungan 4K HDR dengan tepat seperti sebuah panggung wayang IMAX dan audio yang melepas piawaian DTS audio. Selama ini IMAX Enhanced hanya ditawarkan pada televisyen pintar, sistem audio dan projektor sahaja.

Dengan Honor ingin kembali menjadi antara pengeluar peranti terbesar, ini ialah ciri unik yang masih belum ditawarkan mana-mana pesaing lain. Anda boleh mengikuti pengumuman peranti ini pada pukul 7PM 12 Ogos 2021 di Facebook dan juga YouTube Honor Malaysia.


Komen ()