Samsung bakal memperkenalkan telefon pintar boleh-lipat terbaru mereka secara rasminya esok, dan kini ia dilihat pihak Samsung tersilap menerbitkan video promosi untuk Galaxy Z Fold3 dan Flip3 lebih awal daripada apa yang dijangka.

Video promosi selama 30 saat berkenaan memperlihatkan rekaan kedua-dua model telefon boleh-lipat berkenaan, disamping pada masa yang sama memperlihatkan sokongan kalis air yang dibawakan, disamping kebolehan melakukan input menggunakan S-Pen.

Galaxy Z Flip juga dilihat menawarkan panel bahagian belakang bersaiz lebih besar berbanding versi sebelum ini.

Pihak Samsung dilihat telah menarik kembali video berkenaan, tetapi ia telah pun disimpan oleh pengguna melalui laman Reddit.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan esok untuk mengetahui lanjut berkaitan dengan Samsung Galaxy Z Fold3 dan juga Galaxy Z Flip3 ini secara rasminya.