Cari @ Amanz

Realme Book Akan Dilancarkan Pada 18 Ogos

Link Copied!

Realme turut akan memasuki pasaran komputer riba selepas mengacah pelancaran Realme Book sejak bulan Jun lalu. Mereka akhirnya telah mengesahkan komputer riba ini akan dilancarkan secara rasmi pada 18 Ogos kelak.

Dari segi rekaan Realme Book kelihatan seperti komputer riba biasa dilengkapi papan kekunci jenis chicklet berlampu dan pad sesentuh yang agak besar. Dapat dilihat juga komputer riba ini dilengkapi skrin bernisbah 3:2 dan pengimbas cap jari yang terbina pada butang kuasa. Sistem pengecasan yang disokong pula adalah menggunakan port USB-C. Untuk spesifikasi lengkap kita perlu menanti pelancaran rasminya dalam masa seminggu sahaja lagi.


Komen ()