Cari @ Amanz

Xiaomi secara mengejut melancarkan juga Xiaomi Cyber Dog, sebuah robot berkaki empat seakan seekor anjing yang nampaknya ingin memberikan saingan kepada oleh Spot oleh Boston Dynamics. Robot ini dilengkapi sistem kamera 3D Intel Real Sense dan cip pemproses NVIDIA Jetson Xavier NX dengan kemampuan memproses 21 TOPs.

Robot dilengkapi sistem motor buatan sendiri yang membolehkan ia bergerak pada kelajuan 3.2 m/s. Ia mampu membawa beban sehingga 3 kilogram dan menggunakan enam mikrofon sebagai ganti deria pendengaran. Ketika diperlihatkan, Xiaomi CyberDog dilihat boleh menari dan berdiri dengan menggunakan dua kaki sahaja.

Xiaomi mengatakan mereka akan mengambil konsep sumber terbuka untuk robot ini, dan akan membangunkan sekitar 1000 unit Cyberdog untuk digunakan oleh peminat, jurutera dan peminat robot. Ini adalah sebahagian usaha dalam pembangunan arena robotik berkenaan dan membolehkan Cyberdog digunakan untuk pelbagai tujuan.

Cyberdog hadir dengan rekaan berkaki empat, lebih kurang seperti penawaran Boston Dynamics. Ia boleh memberikan respon kepada arahan suara, selain mengikut pemiliknya. Namun, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah gerakan dan interaksinya bersama persekitaran lagi buat masa ini.

Dari segi penggunaan pula Xiaomi menunjukkan ia berfungsi sebagai peneman anak di rumah, mengekori pemilik di luar dan melakukan rondan. Sebuah Xiaomi Robot dijual pada harga RMB9999 (~RM6519) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd