Carian
Speaker Pintar Xiaomi Sound Dilancarkan Dengan Sokongan Audio Resolusi Tinggi
August 11, 2021 Effi Saharudin

Xiaomi turut melancarkan speaker pintar Xiaomi Sound mereka malam selama dengan rekaan yang bukan sahaja kelihatan premium tetapi juga dengan sokongan audio resolusi tinggi. Tubuh pembesar suara ini diperbuat daripada logam dengan pad sesentuh pula diletakkan pada bahagian atas.

Xiaomi Sound dilengkapi pemandu audio utama sebesar 2.25″ dengan output 12W dengan dua lagi pembesar suara kecil yang menembak ke sisi. Ini membolehkan ia menawarkan audio 360 darjah kepada pendengar. Seperti speaker pintar lain di pasaran, Xiaomi Sound boleh digabungkan dengan 1-7 lagi speaker pintar untuk menawarkan audio yang lebih menyeluruh.

Pada waktu ini ia hanya menyokong pembantu maya Xiao Ai sahaja. Speaker hanya sebesar 34mm × 134mm × 128mm dan 940 gram sahaja. Bagi memudahkan padanan kepada peranti berhubung di rumah, ia turut hadir menyokong UWB yang turut ditawarkan pada Mi MIX 4. Di China Xiaomi Sound dijual pada harga RMB400 (~RM326) sebuah dalam warna putih dan hitam.

Komen