Carian
iPhone 13 Pro Bakal Hadir Dengan Mod Potret Video, Ciri Rakaman ProRes
August 11, 2021 Aman

Apple dijangka memperkenalkan iPhone 13 secara rasminya pada bulan September kelak, dan dijangka mengekalkan penawaran empat siri, dua siri iPhone 13 biasa, da dua lagi dibawah siri iPhone 13 Pro.

Terbaru, menurut laporan Bloomberg, iPhone 13 Pro dijangka turut hadir dengan sejumlah penambah-baikkan penggunaan kamera, terutamanya dalam rakaman video.

Seperti ramai sedia maklum, Apple sedia menawarkan ciri rakaman potret untuk gambar – yang mengaburkan latar belakang dan memfokuskan kepada wajah pengguna. Ciri ini dijangka akan diperluaskan kepada sokongan video melalui iPhone 13 Pro kelak.

Disamping itu, Apple juga dijangka menambah kebolehan rakaman video ProRes menggunakan iPhone 13 Pro kelak.

Apple ProRes merupakan resolusi berkualiti tinggi untuk video, dan digunakan ramai penerbit video dalam menghasilkan rakaman yang cantik dan berkualiti.

Untuk menjayakan pelbagai ciri rakaman baharu ini, ia akan dikuasakan oleh cip Apple A15 yag lebih berkuasa berbanding cip Apple hari ini.

Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita nantikan lanjut pada bulan September ini untuk melihat kejutan yang disediakan oleh pihak Apple.

Komen