Carian
OnePlus Cuba “Mengusik” Pengenalan Peranti Boleh-Lipat Samsung
August 11, 2021 Aman

Samsung bakal melancarkan telefon pintar boleh-lipat terbaru mereka secara rasminya pada lewat hari ini, dan kini ia dilihat OnePlus “mengusik” acara pelancaran berkenaan dengan mengacah suatu kejutan – pada masa dan tarikh yang sama seperti acara Samsung Unpacked.

Melalui klip ringkas yang diterbitkan, OnePlus memperlihatkan peranti gabungan dwi-skrin – lebih kurang seumpama apa yang ditawarkan oleh LG.

Untuk makluman, pihak LG sedia menawarkan sebuah aksesori khusus berupa skrin kedua kepada peranti. Namun agak malang kerana LG telah pun keluar daripada industri pengeluaran telefon pintar.

Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada pihak OnePlus sengaja mengusik sahaja, atau benar-benar akan memperkenalkan aksesori berbentuk skrin kedua untuk peranti mereka.

Komen