HP Chromebase dilancarkan semalam dan ia mungkin komuter AIO yang paling unik pernah dipasarkan. Skrin 21.5″ yang digunakan pada komputer dengan Chrome OS ini boleh diputarkan 90 darjah ke kedudukan menegak. Pilihan ini diberikan kerana Chrome OS boleh menjalankan aplikasi Android yang mungkin tidak dioptimasikan untuk digunakan secara mendatar.

Dari segi spesifikasi ia dijana cip Intel Core-i3, memori sehingga 16GB DDDR4 dan storan sehingga 256 GB SSD PCIe NVMe M.2. Storan dan memori boleh ditambah baik sendiri oleh pengguna pasca pembelian. Sepasang pembesar suara Bang&Olufsen dengan output 10W diletakkan pada bahagian tangkai. Pilihan I/O adalah 2 USB-C, 2 USB-A, DisplayPort 1.2 dan bicu audio 3.5mm. Di Amerika Syarikat HP Chromabase dijual pada harga bermula $600 (~RM2542) sebuah.
