Bagi para pengguna WhatsApp, anda mungkin sedia maklum yang mana pihak WhatsApp mengurangkan resolusi gambar ketika ia dikongsikan dalam usaha menjimatkan data. Disebabkan oleh itu, ramai pengguna mula menggunakan alternatif seperti menghantar gambar dalam bentuk dokumen.
Menyedari permintaan untuk menghantar gambar pada resolusi tinggi, kini WhatsApp sendiri dilihat memudahkan pengguna menghantar gambar pada resolusi tinggi.

Untuk melakukannya, anda hanya perlu ke halaman tetapan WhatsApp ada, memilih Storan & Data dan menguruskan bahagian “Kualiti Muat-Naik Foto”.
WhatsApp menyediakan pilihan automatik, menghantar gambar dalam “Kualiti Terbaik” ataupun dalam bentuk “Penjimatan Data”. Pengguna boleh melakukan tetapan ini sekali, dan ia akan digunakan secara tetap pada aplikasi permesejan berkenaan.
Ciri baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat oleh WhatsApp untuk para pengguna mereka seluruh dunia.