NortonLifeLock hari ini mengumumkan secara rasminya yang mana mereka akan bergabung dengan syarikat Avast, sekaligus membentuk sebuah syarikat gergasi memfokuskan kepada keselamatan siber. Nilai transaksi gabungan ini dijangka akan mencapai sekitar $8.6 bilion (~RM36.45 bilion).

Untuk makluman, desas-desus gabungan ini telah kedengaran sejak beberapa minggu lepas. Dengan penyatuan kedua-dua syarikat ini, ia akan membolehkan mereka mempunyai lebih 500 juta pengguna dibawah mereka kelak.
Malah, gabungan ini turut akan membolehkan kedua-dua jenama berkongsi kepakaran dalam mengatasi pelbagai masalah siber, dan pada masa yang sama memberikan penawaran terbaik kepada pengguna.
Dengan gabungan ini, CEO semasa NortonLifeLock akan kekal sebagai CEO, sementara CEO Avast pula akan menyertai NortonLifeLock sebagai Presiden.