Cari @ Amanz

Bercakap soal telefon pintar atau gajet, kos untuk memilikinya tidaklah murah. Bahkan, membelinya juga boleh dikatakan sebagai satu pelaburan yang memberi banyak faedah tertentu kepada pengguna itu sendiri. Misalnya, ia membolehkan kita berkomunikasi dan berhubung dengan keluarga serta rakan-rakan tersayang. Jadi rasanya, rugi kalau kita tidak menjaganya dengan baik.

Memandangkan Samsung memahami bahawa ia adalah isu utama paling penting. Maka, Samsung yang juga jenama bertaraf antarabangsa ini telah hadir dengan tawaran menarik yang mempunyai bermacam-macam kelebihan dan keunikan mereka tersendiri. Melaluinya, mereka menawarkan penyelesaian khusus untuk membantu pengguna menguruskan pelbagai perkara berkaitan peranti keluaran Samsung dengan lebih mudah, praktikal dan efisien. Apakah penyelesaian tersebut?

Baiklah, ia adalah Samsung Advantage. Kemudahan istimewa yang terdapat padanya adalah tidak terhad dan tidak melibatkan sebarang kos yang membebankan. Sebaliknya, ia boleh dimanfaatkan dengan pelbagai faedah, kemudahan, pelindungan, sokongan dan banyak lagi yang lebih menguntungkan pengguna. Mungkin anda tidak percaya, tetapi di sini kami berikan beberapa contoh mudah atau situasi yang acap kali berlaku setiap waktu pada masa ini. Seterusnya, bagaimana Samsung Advantage ini mampu jadi ‘penyelamat’ disaat situasi berkenaan berlaku.


Faedah Yang Tiada Tolok Bandingnya

Situasi pertama, sekiranya anda menyimpan hasrat atau merancang untuk mencuba mana-mana peranti keluaran Samsung, inilah salah satu faedah yang boleh didapati daripada penawaran Samsung Advantage. Di mana, terdapatnya program dikenali sebagai Free Trial Programme yang membolehkan pengguna menikmati sesi percubaan peranti secara percuma untuk tempoh masa tertentu sebelum mengambil keputusan untuk membelinya.

Tempoh pinjaman adalah selama seminggu dan kelebihan ini sekaligus dapat memberikan pengguna kebebasan untuk meneroka kefahaman terhadap ciri-ciri serta fungsi yang ada pada sesebuah peranti terpilih. Boleh dikatakan, penawaran sebegini agak sukar untuk ditemui pada sejumlah pengeluar lain. Tetapi, keberanian Samsung mengambil risiko di sini sememangnya boleh dipuji kerana meletakkan kepuasan pengguna sebagai keutamaan. Tidak mengapa jika pengguna tidak mahu membelinya selepas mencuba. Tetapi, jikalau pengguna itu mengambil keputusan untuk memilikinya, Samsung menjanjikan ganjaran eksklusif yang begitu hebat sebagai tanda penghargaan.

Di samping itu, Samsung juga hadir dengan program menarik lain untuk pengguna tukar ganti telefon pintar lama kepada peranti Samsung Galaxy baru yang terpilih. Bagi yang berminat, proses boleh dilakukan menerusi aplikasi InstaCash yang perlu dimuat-turun terlebih dahulu dan ia terhad kepada satu kali tukar ganti sahaja. Lebih menariknya, ia menawarkan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran peranti dari rumah. Samsung turut memaklumkan, pihak mereka turut menerima telefon pintar lama yang rosak selagi ia dibuat menerusi aplikasi InstaCash dan lengkap menjalani proses diagnostik.

Namun begitu, tawaran harga mungkin berbeza-beza bergantung kepada kerosakan yang terdapat pada telefon pintar berkenaan. Lebih istimewa lagi, program ini tidak hanya tertumpu kepada jenama Samsung semata-mata, malah telefon lain turut layak sertai kempen ini. Di samping, tawaran harga menarik proses tukar ganti yang melibatkan telefon pintar siri Samsung Galaxy S21 dengan nilai jualan sehingga RM4,180 sahaja.


Pelindungan Berpanjangan Dengan Samsung Care+

Situasi seterusnya, antara dilema yang sering dihadapi sebahagian besar pengguna apabila memiliki telefon pintar baru adalah jaminan nilai masa depan sesebuah produk. Bak kata pepatah melayu, malang itu tidak berbau. Jadinya, kita sendiri tidak boleh jangka sebarang masalah atau kerosakan yang akan berlaku. Lebih-lebih lagi, masalah kerosakan yang berlaku disebabkan oleh kecuaian pengguna sendiri. Bermula daripada masalah kerosakan skrin retak sehinggalah telefon masuk air atau lain-lain hal yang seangkatan dengannya.

Dengan Samsung Care+, pengguna tidak perlu risau lagi. Sebabnya, ia merupakan pelan perkhidmatan pembaikan peranti yang menyediakan kemudahan mencukupi kepada pengguna bagi menyelesaikan masalah kerosakan yang dialami. Di bawah pelan ini, pengguna akan menerima pelindungan yang menyeluruh untuk kerosakan dengan jaminan penggantian perkakas yang tulen. Syaratnya, ia perlu dihantar dalam tempoh 14 hari dari tarikh kejadian.

Kemudian, apa yang membezakannya dengan jaminan waranti biasa adalah ia menyediakan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran peranti dari rumah secara percuma. Di samping itu, ia juga menawarkan lanjutan jaminan sedia ada sehingga dua tahun. Lebih menariknya lagi, setiap pelan juga boleh disesuaikan mengikut keperluan tertentu pengguna itu sendiri – sama ada mahu memilih pelan perlindungan selama satu atau dua tahun untuk pengalaman lebih optimum.

Jadi, pengguna tidak perlu lagi bersusah payah keluar rumah untuk menghantarnya ke mana-mana cawangan yang ada. Di sini juga jelas menunjukkan bahawa Samsung begitu komited dan sangat menjaga setiap penggunanya. Sementelahan itu pula dengan situasi tidak menentu akibat Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini, pelbagai kemungkinan itu boleh berlaku sekiranya kita tidak berhati-hati. Untuk terma dan syarat lebih lengkap sila ke pautan Samsung Care+ di bawah.


Berpindah Data Dengan Mudah & Fleksibel

Seterusnya, dalam satu situasi lain yang kerap kali berlaku kepada kita adalah masalah proses pemindahan data di antara peranti lama ke peranti baharu yang agak sedikit mengambil masa jika dibuat secara tradisional. Tetapi, percayalah Samsung Advantage sememangnya lebih memudahkan proses pemindaan dengan sambungan satu klik mudah menerusi ciri Samsung Smart Switch. Tidak kira sama proses permindahan data daripada peranti dari Android mahupun iOS, ia boleh sahaja dilakukan dengan mudah, selamat dan cepat.

Proses ini juga menyokong dua jenis platform pemindahan iaitu menerusi komputer riba atau telefon pintar – dengan beberapa langkah mudah. Dekat sini, anda boleh memindahkan pelbagai bentuk data dan fail  peribadi tidak mengira jenis – ini termasuklah kenalan, jadual tugasan harian, mesej, memo, data multimedia dan sebagainya. Apa yang penting, pengguna perlu memasang aplikasi  Smart Switch terlebih dahulu pada peranti pintar dan komputer riba masing-masing. Prosesnya juga adalah fleksibel di mana – pengguna boleh memilih untuk meneruskan pemindahan secara nirwayar atau berwayar menerusi sokongan kabel. Untuk makluman, sokongan kabel adalah berasaskan jenis port sambungan yang disokong oleh peranti pintar itu sendiri.

Justeru, pengguna kini tidak lagi dibayangi mimpi ngeri di mana takut kehilangan mana-mana data atau fail penting apabila proses pemindahan dibuat. Sebaliknya, Samsung Smart Switch akan melakukan pemindahan data dengan cukup selamat. Tetapi, sekiranya masih terdapat keraguan berhubung banyak perkara ini. Samsung turut menyediakan pelbagai bengkel dan tutorial secara dalam talian dan luar talian yang mampu memberikan pengguna kebebasan untuk meneroka dan mencuba sendiri pelbagai perkara baru.


Perkhidmatan & Sokongan Sepanjang Masa

Seakan sudah menjadi lumrah, tiada siapa yang suka merasa diabaikan. Begitu juga dengan pelanggan sendiri. Cuba bayangkan kita berada dalam situasi benar-benar mendesak memerlukan bantuan. Tetapi, pihak yang sepatutnya hanya memandang enteng isu berkenaan. Telefon untuk ketahui maklumat lanjut, tetapi tidak diangkat. Kalau diangkat sekalipun, ada diantaranya yang seakan tidak tegas dalam menyelesaikan sesuatu isu. Sakit hati bukan? 

Namun tahukah anda, situasi ini pastinya tidak berlaku dengan Samsung Advantage! Malah, Samsung sendiri turut memberi jaminan akan memastikan segala isu diselesaikan dengan baik dan berjalan lancar. Selain, pasukan bantuan mereka yang berpengalaman akan sedia berkhidmat untuk pengguna tanpa mengira waktu. Bagi Samsung,  kepuasan pengguna adalah keutamaan utama mereka. Pada masa sama, mereka sentiasa meletakkan kepentingan untuk kekal berhubung dengan pelanggan bagi memastikan mereka selesa.

Seperkara lagi yang penting, andai kata anda begitu risau dan khuatir dengan keadaan semasa telefon pintar. Kerap mengalami dilema dengan persoalan adakah ia benar-benar masih berfungsi dengan baik atau sebaliknya? Usah risau, anda boleh sahaja membuat semakan lebih menyeluruh di cawangan yang berdekatan. Apa yang penting, tiada bayaran yang akan dikenakan – semuanya percuma! Sekali lagi, pasukan bantuan Samsung sedia menghulurkan bantuan yang sepatutnya.


Tawaran Dengan Nilai Hebat

Setelah kami memberikan penjelasan panjang lebar mengenai manfaat dan kelebihan pada Samsung Advantage dalam beberapa perenggan di atas. Di sini, terdapat seperkara lagi yang banyak pihak akan menyukainya. Apa agaknya? Sudah pastilah tawaran dengan ganjaran dan nilai yang hebat. Dengan Samsung Rewards, pihak Samsung memberikan ganjaran khusus untuk setiap kali pengguna menggunakan Samsung Pay – ianya merangkumi rebat segera, mata ganjaran terkumpul dan banyak lagi.

Bagaimanapun, Samsung masih  tidak berputus asa. Sebaliknya, mereka masih berusaha untuk memberi yang terbaik dalam menjaga hati setiap pengguna melalui pelbagai lagi kaedah Misalnya, mereka menawarkan pelan ansuran mudah bagi memudahkan pengguna untuk memiliki peranti pintar dengan harga lebih berpatutan dan tanpa faedah. Selain itu, mereka juga mempunyai pendekatan khusus buat pelanggan yang mahukan kejutan istimewa. Di mana, mereka menawarkan nilai pembelian dengan pembungkusan yang premium dan cantik – yang pastinya menyenangkan hati si penerima.


Bagaimana? Menarik bukan? Boleh dikatakan, tidak semua pengeluar mampu untuk memberikan setiap satu tawaran istimewa yang ada pada pelan Samsung Advantage ini. Kalau adapun, rasanya mungkin tidak semuanya akan serba-serbi lengkap sebegini. Sedar atau tidak, Samsung Advantage sememangnya memberikan lebih kelebihan berbanding yang lain. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Samsung Advantage, sila layari pautan yang disediakan di bawah. Jangan lupa, tukar ganti telefon pintar anda kepada siri Samsung Galaxy S21 dengan nilai jualan sehingga RM4,180 okay!

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd