Cari @ Amanz

Xiaomi Mi TV 6 OLED Dilancarkan Dengan Skrin 4K Dan Dolby Vision

Link Copied!

Seiring pengenalan Xiaomi Mi Mix 4 dan Xiaomi Mi Pad 5 semalam, jenama ini turut tidak ketinggalan mengemaskini rangkaian televisyen pintar mereka dengan penawaran produk baharu. Melaluinya, siri Xiaomi Mi TV 6 OLED telah diumumkan dan ia merupakan televisyen pintar OLED terkini keluaran Xiaomi yang dilengkapi pelbagai penambah baikan bersama penawaran tanda harga yang berpatutan.

Untuk spesifkasi khusus, Xiaomi Mi TV 6 OLED didatangkan dalam dua pilihan saiz skrin yang berbeza iaitu 55-inci dan 65-inci. Ia juga mempunyai binaan bezel yang sangat nipis sekitar 4.6mm sekaligus membolehkannya menawarkan nisbah skrin-ke-badan yang tinggi mencecah 97%.

Di samping itu, paparannya juga menyokong resolusi sehingga Ultra HD 4K (2160 piksel) bersama kadar segar semula standard 60Hz. Di samping itu, paparannya turut menyokong kandungan HDR iaitu HLG, HDR10+, HDR10 dan Dolby Vision. untuk pengalaman yang lebih baik.

Kedua-duanya juga dijana dengan cip pemproses empat-teras MediaTek 9638 (Cortex A73) yang kemudiannya dipadankan dengan GPU Mali-G52 MC1, memori 3GB RAM dan 32GB storan dalaman secara terbina. Turut melengkapinya adalah sistem pembesar suara empat unit dengan output 12.5W dan ia turut melepasi piawaian MAX Enhanced.

Pilihan input pula adalah 3 x HDMI, 2 x USB 2.0, AV (mini), Antena dan S/PDIF. Lain-lain ciri pada televisyen termasuklah – menjalan MIUI for TV 3.0, Bluetooth 5.0 dan banyak lagi. Di China, Xiaomi Mi TV 6 OLED dijual pada harga bermula RMB5,699 (~RM3,721) untuk sebuah. Sementara itu, model 65-inci pula berharga RMB7,699 (~RM5,028).


Komen ()