WhatsApp hari ini membuat kejutan, dan secara rasminya memperkenalkan ciri berpindah platform dari Android ke iPhone, dan sebaliknya – sekaligus mengekalkan pelbagai data, termasuk mesej perbualan, gambar, dan audio dengan mudah.
Ciri ini diperkenalkan secara berperingkat, bermula daripada pengguna peranti Android. WhatsApp membuat pengumuman ini hari ini bersempena dengan pengenalan telefon boleh-lipat Samsung, membolehkan pengguna iPhone beralih ke peranti terbaru Samsung berkenaan tanpa risau kehilangan sejarah sembang mereka.

Daripada gambar yang pengumuman, ia menunjukkan yang mana kedua-dua peranti perlulah berdekatan dan aktif ketika melakukan proses pemindahan ini.
Sebelum ini, proses pemindahan antara platform agak sukar kerana pelbagai mesej WhatsApp disimpan pada peranti, dan salinan pendua disimpan dan melalui proses penyulitan sepenuhnya. Untuk pengguna Android, salinan disimpan di Google Drive, sebaliknya di iCloud untuk pengguna iOS – sekaligus menyukarkan pemindahan platform dilakukan.
Pengumuman pihak WhatsApp ini secara rasminya mungkin akan mengembirakan ramai pengguna, dan kini pengguna tidak lagi perlu terikat dengan sesuatu platform sekiranya ingin kekal mengakses pelbagai data WhatsApp mereka.