Cari @ Amanz

MediaTek Dimensity 920 Dan Dimensity 810 Kini Rasmi – Telefon Menggunakannya Bakal Menyusul

Oleh Aman

Link Copied!

MediaTek pada tahun ini agak aktif dalam penawaran mereka, dan hari ini telah memperkenalkan dua cip pemprosesan menyasarkan peranti berspesifikasi pertengahan, iaitu Dimensity 920 dan Dimensity 810.

Kedua-dua cip ini hadir dengan sokongan rangkaian 5G, selain pada masa yang sama turut menawarkan prestasi dan sokongan pengimejan lebih baik berbanding generasi sebelumnya.

MediaTek Dimensity 920 dibangunkan berasaskan binaan 6nm, hadir dengan sokongan rakaman video 4K HDR, sokongan 5G, WiFi 6, ciri penjimatan kuasa MediaTek 5G Ultrasave, selain juga sokongan permainan video lebih lancar melalui MediaTek HyperEngine 3.0. Cip ini juga akan menawarkan sokongan untuk skrin dengan kadar segar semuia tinggi.

Dari segi prestasi, ia dilengkapi cip lapan teras dengan teras Cortex-A78 dengan kelajuan mencapai 2.5Ghz. Ia turut menawarkan sokongan memori LPDD5 dan storan berasaskan UFS 3.1.

Untuk MediaTek Dimensity 810 pula, ia hadir dengan rekaan cip lapan teras yang mengabungkan empat teras Cortex-A76 dengan kelajuan sehingga 2.4Ghz, dan juga empat teras Cortex-A55 dengan kelajuan sehingga 2Ghz. Ia turut menggunakan binaan 6nm.

MediaTek Dimensity 810 menawarkan sokongan panel segar semula 120Hz, sokongan kamera sehingga 64MP, selain ciri rakaman yang lebih baik, dan permaina video lancar.

Telefon pintar yang menggunakan kedua-dua cip ini dijangka akan dipasarkan bermula daripada suku ketiga 2021 ini.


Komen ()