Samsung Galaxy Watch4 dan Watch4 Classic Dilancarkan – Samsung Kembali Ke Wear OS

Diterbitkan pada Ogos 11, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung kembali menggunakan sistem operasi Wear OS dengan pelancaran Samsung Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic hari ini. Sistem operasi ini dibangunkan bersama dengan Google dengan pelancar baharu One UI Watch.

Kita mulakan dahulu dengan Samsung Galaxy Watch4 yang ditawarkan dalam saiz 40mm dengan skrin 1.19″ dan 44mm dengan skrin 1.36″ kedua-duanya dari keluarga AMOLED. Pada model ini kawalan dilakukan dengan menggunakan skrin sesentuh dan dua butang fizikal pada sisi kanan.

Jam dijana oleh cop Exynos W920 yang menawarkan peningkatan prestasi CPU sehingga 20% berbanding cip terdahulu dan grafik pula sehingga 10 kali ganda. Ini dipadankan pula dengan 1.5GB RAM dan storan 16GB. Bateri yang digunakan pula ialah 247 mAh dan 361 mAh yang boleh bertahan melebihi dua hari dengan sekali caj.

Kita mulakan dahulu dengan Samsung Galaxy Watch4 Classic yang ditawarkan dalam saiz 44mm dengan skrin 1.19″ dan 46mm dengan skrin 1.36″ kedua-duanya dari keluarga AMOLED juga. Saiz tubuh yang lebih besar ini adalah kerana pada model Classic sistem kawalan menggunakan bezel berputar disertakan.

Jam juga dijana oleh cop Exynos W920 yang menawarkan peningkatan prestasi CPU sehingga 20% berbanding cip terdahulu dan grafik pula sehingga 10 kali ganda. Ini dipadankan pula dengan 1.5GB RAM dan storan 16GB. Bateri yang digunakan pula ialah 247 mAh dan 361 mAh yang boleh bertahan melebihi dua hari dengan sekali caj.

Kesemua model dilengkapi sensor pengimbas nadi, oksigen dalam darah, tekanan darah, ECG dan GPS. Penjejakan sehingga 40 jenis senaman secara automatik boleh dilakukan bersama dengan menjejak pola tidur lengkap dengan pengesanan dengkur bagi menyukat kualiti tidur.

Ciri baharu yang diperkenalkan kali ini ialah sokongan gestur untuk menjawab atau menolak panggilan telefon. Apabila aplikasi dipasang pada telefon pintar yang ditambat, aplikasi yang sama akan turut dipasang secara automatik pada Galaxy Watch4. Selain itu ia mengingati kesemua tetapan pada telefon dan dipindahkan ke jam seperti jam penggera. Mengubah tetapan fon telinga juga akhirnya boleh dilakukan pada jam tangan pintar buat pertama kali.

Samsung juga Galaxy Watch4 turut menyertakan sokongan mengenal-pasti apabila pengguna terjatuh dan menghantar mesej SOS untuk kecemasan dan Samsung Pay secara NFC. Model-model yang ditawarkan turut boleh disambung kepada rangkaian selular LTE bagi membolehkan penggunaan tanpa telefon pintar.

Samsung Galaxy Watch4 akan dijual pada harga bermula $250 (~RM1060) untuk model bluetooth dan Samsung Galaxy Watch4 Classic pula pada harga bermula $350 (~RM1484) untuk model bluetooth.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami