Pada tahun ini, Xiaomi telah membuat kejutan, dan mengumumkan mereka membentuk sebuah bahagian khusus yang memfokuskan kenderaan elektrik pintar. Bahagian khusus ini diterajui sepenuhnya oleh Lei Jun, CEO Xiaomi, da menyasarkan untuk melabur sekitar $10 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Menariknya, sejak pengumuman berkenaan, Xiaomi telah agak aktif dalam pelaburan mereka memfokuskan arena automotif, disamping turut telah mulakan pembangunan secara dalaman melibatkan arena automotif ini.
Terbaru, Lei Jun turut berkongsi mengatakan mereka mungkin memperkenalkan kereta elektrik pertama mereka dalam tempoh 3 tahun lagi.
Xiaomi dijangka akan menawarkan sejumlah integrasi teknologi terkini bersama kenderaan berkenaan, selain dijangka menawarkannya dalam harga kompetitif.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut Xiaomi dalam arena automotif ini.