Sejak dari dulu lagi antara benda paling menimbulkan kemarahan apabila bermain FIFA ialah lawan meraikan gol terlalu lama dengan setiap sudut dimainkan semula. Saya aku di kolej dahulu ada beberapa insiden kawan bertumbuk kerana gol yang diraikan terlalu lama sehingga melambatkan sesi permainan (kelas akan bermula lagi 10 minit!).

Menerusi FIFA 22 yang akan dilancarkan Oktober kelak, EA memperkenalkan ciri yang telah berdekad saya mahukan iaitu tidak menunjukkan lawan meraikan gol. Pada tetapan permainan, anda boleh mengubah Celebration Camera Focus. Terdapat pilihan untuk tidak melihat semula gol yang dijaringkan dan pemain meraikannya. Apabila ini dipilih, kamera akan memfokuskan reaksi pasukan sendiri selepas gol dijaringkan. Dengan ciri ini diharap insiden bergaduh kerana sambutan gol dapat dielakkan.