Carian
Patutkah Anda Risau Tentang Keselamatan Anda Ketika Membeli-Belah Pada 9.9? Ini Cara Shopee Meyakinkan Pengguna
August 17, 2021 Syafia Hani

Semenjak penularan wabak berbahaya sekarang ini, sudah menjadi kebiasaan untuk sesuatu syarikat ditutup buat sementara waktu apabila terdapat kes jangkitan ditempat kerja. Ini secara tidak langsung akan meninggalkan kesan kepada produktiviti harian. Perkara ini sedikit sebanyak merupakan antara cabaran yang kita semua perlu hadapi pada waktu sekarang ini.

Shopee Shipping

Shopee Menjalankan Program Vaksinasi Untuk Kakitangannya Bagi Meyakinkan Pengguna Mereka

Oleh sebab itu, Shopee dengan rasa tanggungjawab untuk membendung penularan wabak ini telah melancarkan program vaksinasi bagi semua kakitangan mereka termasuk pekerja di bahagian logistik, gudang dan terutama sekali rakan penghantar (rider) Shopee Express. Hal ini kerana bagi Shopee, kakitangan mereka ini adalah antara tenaga barisan hadapan kita semua semenjak pandemik Covid-19 melanda dunia. Jadi keselamatan dan kesihatan mereka juga adalah keutamaan bagi kita. Pada masa yang sama, program ini adalah sebagai tanda sokongan Shopee bagi menyumbang kepada matlamat negara iaitu untuk mencapai imuniti kelompok (herd immunity).

Untuk pengetahuan anda, Shopee juga sebelum ini telah berjaya mengumpulkan dana sejumlah kira-kira RM1 juta bagi para barisan hadapan perubatan negara dan juga menawarkan Pakej Bantuan Peniaga Shopee bernilai RM15 juta pada April 2020 yang lalu bagi membantu para peniaga tradisional yang terkesan akibat pandemik ini. Bukan sekadar itu, mereka juga memperkenalkan Pakej Pembangunan Marketplace Shopee yang dilengkapi baucar kedai dan kredit iklan bernilai hingga RM1,600 untuk membantu penjual-penjual di Shopee bagi mengembangkan perniagaan mereka di platform tersebut.

Shopee juga telah melancarkan kempen #ShopeeAjakVaksin di mana 1 juta baucar Shopee bernilai RM40 diberikan kepada penerima vaksin di beberapa pusat vaksinasi tertentu. Inisiatif ini adalah untuk mendorong orang ramai agar mematuhi tarikh janji temu vaksinasi mereka. Tambahan pula jualan 9.9 Hari Pembelian Hebat akan tiba tidak lama lagi. Jadi, program vaksinasi kepada kakitangan Shopee tadi sedikit sebanyak membuatkan kita semua sebagai pengguna Shopee menjadi lebih yakin untuk membuat pembelian atas talian melalui mereka.

Baucar #ShopeeAjakVaksin diedarkan di PPV UiTM Puncak Alam Mega

Nikmati Tawaran Hebat Dan Menang Mercedez-Benz Pada Jualan Shopee 9.9 Hari Pembelian Hebat

Jualan promosi Shopee ini akan bermula seawal 20 Ogos kelak sehingga waktu kemuncaknya iaitu pada 9 September. Pelbagai promosi bakal ditawarkan, dan salah satunya adalah anda boleh menebus baucar penghantaran percuma serta boleh mendapatkan 99% Pulangan Tunai Syiling Shopee tanpa perbelanjaan minimum. Anda juga berpeluang untuk memenangi kereta Mercedes-Benz dengan hanya perlu mengumpul tiket emas setiap hari melalui permainan Main & Menang Mercedes-Benz.

Sekiranya anda pengguna Shopee tegar, tentunya anda tahu bahawa semenjak dua menjak ini Shopee akan mengadakan Jualan Hari Gaji pada setiap penghujung bulan. Jadi untuk pengetahuan anda, pada 25 Ogos ini, Shopee akan menawarkan satu lagi sesi baru dibawahnya iaitu RM25 Knockout Deals yang membolehkan anda untuk mendapatkan beg British Polo, airfryer, perabot dan barangan elektronik pada harga hanya RM25.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan pelbagai harga promosi dan kumpulkan tiket emas untuk menang hadiah Mercedez-Benz sepanjang jualan 9.9 ini yang akan bermula pada 20 Ogos hingga 9 September kelak. Baucar penghantaran percuma juga akan ditawarkan. Teruskan membeli belah tanpa sebarang kerisauan tentang jangkitan Covid-19 daripada rakan penghantar kerana Shopee telah menjalankan program vaksinasi untuk kakitangan mereka di mana ia sedikit sebanyak membolehkan anda untuk menerima bungkusan pembelian dengan lebih selamat.

Bagi anda yang belum muat turun aplikasi Shopee, inilah masa yang terbaik untuk anda muat turun kerana Shopee akan menawarkan baucar diskaun RM15 kepada pengguna baru yang berbelanja sebanyak RM18 dan ke atas. Jom Shopee sekarang!

*Untuk pengguna baru sahaja, tertakluk pada terma & syarat

Penafian: Advertorial daripada Shopee Malaysia

Komen