Kereta Mercedes-Benz Kini Boleh Memberikan Amaran Jalan Berlubang Kepada Kereta Lain

Diterbitkan pada Ogos 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kita kini hidup di zaman dimana amaran wujudnya jalan banjir, kesesakan, kemalangan dan halangan polis dapat dipaparkan dalam aplikasi seperti Waze. Ini masih memerlukan pengguna lain memberikan lokasi secara manual. Bagi pengguna kereta mewah Mercedes-Benz, sistem amaran jalan berlubang kini dilakukan secara automatik.

Sistem Car-to-X Communication yang diberikan pada kenderaan S Class, C Class dan EQS telah dikemaskini untuk mengesan kewujudan jalan berlubang dan bonggol jalan secara automatik. Apabila sensor kenderaan mengesan jalan berlubang, lokasinya akan dihantar ke Mercedes-Benz Cloud. Kenderaan lain dengan Car-to-X Communication berhampiran akan menerima amaran 10 saat sebelum mereka melalui lokasi yang sama.

Ciri terkini ini disokong pada kereta S Class, C Class dan EQS yang dilancarkan sejak 2016. Selain jalan berlubang dan bonggol, Car-to-X Communication turut telah menyokong amaran hujan, jalan licin, kenderaan berhenti, dan kemalangan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami