Carian
IKEA Menghasilkan Buku Panduan Mengitar Semula Produk Lama Menjadi Baharu
August 12, 2021 Effi Saharudin

Produk IKEA secara lazimnya tidak direka untuk bertahan sehingga beberapa generasi. Dengan dunia kini semakin cakna mengenai pembaziran sumber, IKEA tidak ingin produk keluaran mereka mendatangkan masalah lambakan di pusat pembuangan sampah. Oleh itu mereka melancarkan buku panduan yang membolehkan produk sedia ada dikitar semula untuk menjadi baharu.

Buku panduan ini menawarkan beberapa 12 resipi untuk mengubah produk seperti rak menjadi sarang lebah, bekas plastik menjadi pasu dan bekas kaca menjadi terrarium. Projek mengitar naik produk lama menjadi perabot baharu ini ialah sebahagian usaha IKEA untuk menjadi syarikat yang lebih lestari menjelang 2030. Bagi yang berminat untuk mencuba, buku panduan IKEA ini boleh dimuat turun menerusi pautan ini.

Komen