Kamera Utama Vivo X60 Pro Menerima Skor 120 Mata Dalam DxoMark

Diterbitkan pada Ogos 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vivo X60 Pro telah dilancarkan di Malaysia sekitar bulan Mac yang lalu. Menarik mengenainya, Vivo bekerjasama syarikat pembuat lensa terkenal Carl Zeiss dalam usaha menawarkan rakaman yang lebih berkualiti pada telefon pintar berkenaan. Bagi yang berminat, anda boleh membelinya pada harga RM3,299 untuk sebuah.

Terkini, DxoMark dilihat mengemaskini laman rasmi mereka dengan berkongsi laporan untuk keupayaan kamera utama Vivo X60 Pro. Ia menunjukkan telefon pintar ini berjaya menerima skor sebanyak 120 mata untuk markah keseluruhan. Ini sekaligus memposisikannya setandaing dengan keupayaan kamera pada Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G (Exynos), Asus Zenfone 8 dan Google Pixel 5 dalam carta DxoMark. Untuk ringkasan ujian, ia mendapat 127 mata untuk keupayaan fotografi, 72 mata untuk keupayaan zum dan 100 mata pula untuk keupayaan video.

Pujian diberikan kepada keupayaan kamera menghasilkan gambar dengan perincian yang baik dalam kebanyakan keadaan – terutamanya hasil gambar sudut ultra-lebar. Ia juga mmpunyai julat dinamik yang luas serta kemampuan sistem autofokus yang pantas serta tajam. Seterusnya, pujian turut diberikan kepada pendedahan yang baik untuk rakaman videonya. Pada masa sama, penghasilan warna juga memuaskan untuk kebanyakan video, di samping kawalan hingar yang minima padanya.

Kritikan pula diberikan kepada masalah hingar yang ketara untuk hasil gambar yang diambil pada pencahayaan rendah. Seterusnya, penghasilan warna dan pendedahan yang kurang memuaskan turut boleh dilihat pada gambar dalam beberapa situasi. Seterusnya, julat dinamik yang rendah untuk keupayaan video bersama sistem imbangan putih yang kurang memuaskan dalam video pencahayaan rendah.

Sumber : Dxomark

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami