Penghantaran mesej berbaur ancaman, makian dan rasisme menjadi isu serius tahun ini dengan selebriti merungut sistem sedia ada tidak mampu menentangnya. Instagram sebagai platform media sosial kedua terbesar dunia hari ini memperkenalkan ciri Limits yang menghalang komen dan DM dihantar dari individu yang tidak atau baru mengikut akaun.

Apabila tetapan hanya membenarkan komen dan DM dihantar dari akaun yang mengikut untuk tempoh waktu yang sama. Pemilik akaun boleh menetapkan selama mana ciri ini ingin diaktifkan dari dalam aplikasi. Ini amat berguna sekiranya akaun diserang kerana tular dan halangan diaktifkan untuk beberapa minggu sementara menunggu situasi reda.
Ciri menapis perkataan tertentu yang tidak ingin diterima pada DM juga diberikan di peringkat global hari ini. Ia menjadi satu lagi lapisan mengalang mesej yang boleh mengguris emosi diterima pemegang akaun Instagram.

Turut diperkenalkan ialah sistem apabila mengesan mesej yang dihantar mungkin jelek akan memaparkan notifkasi sebelum ia dihantar supaya pengguna memikirkan dahulu tindakan mereka. Sekiranya ia masih dihantar, Instagram mungkin akan menggantung akaun kerana melanggar terma dan syarat platform.