Honor Magic3 Pro+ Turut Diumumkan Dengan Tri-Sensor 64MP dan Tubuh Seramik

Diterbitkan pada Ogos 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Honor Magic 3 Pro+ turut dilancaerkan serentak dengan Magic3 dan Magic3 Pro. Model ini adalah yang paling premium dengan spesifikasi penta-kamera yang lebih tinggi dan juga tubuh yang diperbuat sepenuhnya dari bahan seramik

Peranti ini dilengkapi skrin 6.76″ AMOLED FHD+ dengan sokongan kadar segar semula 120Hz yang melengkung pada kedua-dua sisi. Dari hadapan peranti kelihatan hampir tidak mempunyai sebarang bezel. Menjana peranti ialah pemproses Snapdragon 888+, memori sehingga 12GB, storan sehingga 512GB dan bateri sebesar 4600 mAh. Sistem pengecasan pantas berwayar 66W disokong bersama dengan pengecasan nirwayar 50W.

Kamera utama adalah sebesar 50MP dipadankan dengan sensor telefoto 64MP dengan zum sehingga 100X, lensa ultra sudut lebar 64MP, sensor monokrom 64MP dan sensor 3D ToF. Dengan spesifikasi yang tinggi ini, peranti juga menyokong zum optikal sehingga 3.5x, hibrid sehingga 10X. Pada bahagian hadapan pula diletakkan kamera sudut lebar dan sensor 3D untuk sistem nyahkunci menggunakan wajah. Perbezaan di antara Magic3 Pro+ dengan Magic3 Pro hanyalah terletak pada sensor ultra sudut lebar yang lebih besar (64MP vs 13MP)

Sistem rakaman video baharu Magic-Log turut diumumkan yang menurut Honor mengekalkan kualiti tetapi tanpa saiz fail yang besar seperti RAW. Sistem kecerdasan buatan yang disertakan pula memudahkan proses menghasilkan video berkualiti filem pada peranti mudah alih. Ia juga adalah telefon pintar pertama yang melepasi piawaian IMAX Enhanced bagi memaparkan kandungan dengan warna dan resolusi yang sepatutnya. Dari segi audio pula, Magic3 Pro dilengkapi sistem speaker stereo dengan sokongan DTS X.

Tubuh peranti diperbuat daripada bahan seramik tahan lasak dengan ukiran corak belakang dihasilkan menggunakan laser. Seperti dua model biasa, Magic3 Pro+ turut melepasi piawaian IP68 membuatkan tiada lagi kerisauan mengenai kerosakan sekiranya ia terjatuh ke dalam air. Akhir sekali Honor Magic3 Pro+ menggunakan sistem Android 11 dengan pelancar Magic UI yang turut menyokong Google Play Services.

Harga jualan Honor Magic3 Pro+ ialah 1499 (~RM7441) di Eropah untuk 12/512GB dalam warna Seramic Black dan Seramic White.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami