Sekolah akan dibuka semula pada 1 September 2021 tetapi sejak ditutup pada bulan Mei pembelajaran dan pengajaran dilakukan sepenuhnya secara atas talian. Sebagai seorang bapa, saya melihat sendiri betapa sukarnya anak menumpukan perhatian di dalam kelas kerana wujud terlalu banyak gangguan Hari ini Zoom memperkenalkan ciri Focus Mode yang diharap dapat meningkatkan tumpuan ketika sesi kelas berlangsung.

Focus Mode diaktifkan oleh guru semasa kelas berlangsung. Menerusinya pelajar akan hanya dapat melihat video guru yang sedang mengajar tanpa gangguan dari tingkap video rakan-rakan sekelas yang lain. Guru masih boleh melihat kesemua murid-murid seperti sebelum ini bagi tujuan pemantauan. Dengan pengurangan gangguan ini, pelajar boleh menumpukan perhatian dengan apa yang diajar dan bukan apa yang dilakukan rakan sekelas.