Cari @ Amanz

Spesifikasi Samsung Galaxy A52S 5G Tertiris Sepenuhnya

Link Copied!

Samsung Galaxy A52S dilaporkan bakal menjadi penawaran terkini daripada Samsung di bawah siri Galaxy A mereka. Kewujudan mengenainya juga telah kedengaran sejak beberapa minggu lalu. Ia berikuran tersebarnya beberapa tangkap layar yang menunjukkan telefon pintar ini telah ditemui di penyenaraian Geekbench. Harga jualannya juga didakwa tertiris lebih awal menerusi perkongsian laman 91Mobiles dan Ishan Agarwal. Tidak habis disitu, rekaannya juga turut didapati tertiris dalam beberapa imej pengolokan tular.

Dalam perkembangan terkini, spesifikasi Samsung Galaxy A52s pula tertiris sepenuhnya menerusi laman Winfuture.de. Menurutnya, telefon pintar ini akan menampilkan reka bentuk fizikal yang sama seperti pendahulunya – Samsung Galaxy A52. Melaluinya, ia menggunakan bahan binaan berasaskan plastik, di samping ditawarkan dalam beberapa pilihan warna menarik – seperti Violet, Black, Green dan White.  

Seterusnya, Samsung Galaxy A52s akan menggunakan cip Snapdragon 778G yang kemudiannya dipadankan dengan memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Sokongan memori ini bagaimanapun bergantung kepada pasaran masing-masing. Tidak seperti pendahulunya, Samsung Galaxy A52s akan disertakan sokongan slot untuk kad microSD – yang mana, sangat praktikal bagi pengguna yang memiliki dua kad SIM.

Kemudian, kamera utama terdiri dengan tetapan 64MP (utama) + 12MP (Ultra-lebar) + 5MP (makro) + 5MP (bokeh) turut digunakan. Sementara itu, kamera swafoto pula menyokong sensor 32MP yang diletakkan pada lubang di skrin hadapan. Katanya, telefon pintar ini turut boleh merakam video dengan tetapan tertinggi mencapai 4K – baik menerusi kamera belakang mahupun hadapan.

Saiz skrin adalah 6.5-inci Super AMOLED dengan resolusi FHD+ (2400 x 1080 piksel). Tidak ketinggalan, bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan 25W turut digunakan padanya. Lain-lain spesifikasi termasuklah – Bluetooth 5.0, NFC, menjalankan OneUI 3.1 berasaskan Android 11, penarafan IP67 dan sebagainya. Buat masa ini, masih belum diketahui bilakah telefon pintar ini akan diumumkan secara rasmi.

Sumber : Winfuture.de


Komen ()