Cari @ Amanz

Permainan Grand Thef Auto manakah yang terbaik pernah dihasilkan? Secara peribadi saya merasakan ia seri di antara GTA San Andreas dan GTA Vice City. Namun untuk memainkan semula dua permainan klasik ini agak sukar kerana tiadanya sokongan pada konsol generasi semasa dan isu pada PC moden. Menurut laporan Kotaku, bagi mereka yang merindui permainan GTA lama GTA Remastered Trilogy akan dilancarkan seawal Oktober ini.

GTA Remastered Trilogy yang mengandungi GTA III, GTA Vice City dan GTA San Andreas dipercayai sedang dibangunkan semula oleh Rockstar Dundee sebuah studio baharu yang diambil alih oleh Rockstar. Pada awalnya GTA Remastered Trilogy akan hanya ditawarkan kepada pembeli GTA V dan GTA Online versi konsol PS5, Switch dan Xbox Series X/S. Tetapi kini dengan ia semakin hampir siap, Rockstar akan menawarkannya kepada peminat yang berminat. Pelancarannya mungkin berlaku pada akhir Oktober atau awal November kelak.

GTA Remastered Trilogy bukanlah permainan olahan semula dengan aset baharu tetapi sekadar mempertingkatkan permainan menggunakan Unreal Engine dan grafik yang lebih mirip dengan PlayStation 2. Sekiranya laporan ini adalah benar saya akan menjadi yang terawal membelinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd