Cari @ Amanz

Honor X20 5G Dilancarkan Dengan Cip MediaTek Dimensity 900 – Harga Bermula Sekitar RM1242

Link Copied!

Acara pelancaran terkini Honor memperlihatkan mereka hadir dengan sejumlah penawaran produk baharu menarik – ini termasuklah siri Honor Magic 3 yang terdiri dengan Honor Magic 3, Honor Magic 3 Pro dan Honor Magic 3 Pro+.

Pada masa sama, mereka turut mengemaskini rangkaian tablet dengan memperkenalkan Honor Tab V7 Pro. Ianya hadirlengkap dengan cip MediaTek Kompanio 1300T yang dibangunkan khusus untuk tablet Android premium dan komputer riba ARM.

Tidak terhenti disitu, sebagai tambahan lagi, Honor X20 5G turut dilancarkan lengkap dengan spesifikasi telefon pintar kelas pertengahan. Ia membawakan skrin 6.67-inci TFT LCD FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia seterusnya menggunakan cip MediaTek Dimensity 900, memori sehingga 8GB RAM, storan dalaman sehingga 256GB dan bateri berkapasiti 4300mAh dengan pengecasan pantas 66W.

Tetapan kamera pula terdiri dengan 64-Megapixel (utama) + 2-Megapixel (kedalaman) + 2-Megapixel (makro) bersama kamera hadapan 16-Megapixel (f/2.4). Lain-lain spesifikasi termasuklah – bluetooth 5.1, bicu audio 3.5mm, port sambungan USB Type-C, menjalankan Magic UI 4.2 berasaskan Android 11 dan sebagainya.

Di China, Honor X20 5G dijual pada harga bermula RMB1,899 (~RM1,242) untuk varian 6GB RAM + 128GB, RMB 2,199 (~RM1,437) untuk varian 8GB RAM + 128GB dan RMB2,499 (~RM1633) pula untuk varian 8GB RAM + 256GB. Buat masa ini, telefon pintar ini hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja.

Sumber : Honor China


Komen ()