Cari @ Amanz

Harga Samsung Galaxy A32, Galaxy S20 FE 5G dan Galaxy Note20 Dikemaskini Bermula RM999

Link Copied!

Samsung Malaysia masih belum mengumumkan harga untuk Samsung Galaxy Z Fold3 dan Samsung Galaxy Z Flip3 untuk pasaran tempatan. Tetapi sementara kita menanti pengumuman harga, mereka telah mengemaskini harga Galaxy A32, Galaxy S20 FE 5G dan Galaxy Note20.

Samsung Galaxy A32 kini dijual pada hara RM999 penurunan dari harga asal RM1099. Samsung Galaxy S20 FE 5G pula kini dijual pada harga RM2499 berbanding RM2999 sebelum ini. Akhir sekali Samsung Galaxy Note20 pula berharga RM3199 berbanding harga asal RM3899. Pengumuman harga baharu ini dilakukan selepas harga Galaxy Note20 Ultra dan S20 FE LTE diumumkan sebelum ini.


Komen ()