Cari @ Amanz

Binance hari ini secara rasminya telah mengeluarkan kenyataan rasmi, mengatakan mereka akan mengehadkan penawaran produk dan perkhidmatan mereka di Malaysia, bermula 16 Ogos 2021 kelak.

Antara perkara yang akan dihadkan adalah termasuk dagangan MYR, pembayaran berasaskan MYR, dan juga permohonan menjadi pedagang P2P.

Langkah ini diambil pihak Binance selari pengumuman Suruhanjaya Sekuriti sebelum ini yang meminta Binance menghentikan operasi kerana tidak berdaftar di Malaysia.

Pada hari ini, terdapat empat DAX yang beroperasi secara sah di Malaysia, iaitu Luno, SINEGY, Tokenize dan juga MX Global.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd