Facebook Messenger Perkenal Ciri Penyulitan Penuh Untuk Panggilan Video Dan Suara
August 14, 2021
Web 2.0
Aman
Facebook hari ini mengumumkan pengenalan ciri penyulitan penuh pada Messenger untuk fungsi panggilan suara dan video menggunakan aplikasi berkenaan.

Dengan sokongan penyulitan penuh, pelbagai data melibatkan panggilan dan suara hanya boleh diakses oleh pemanggil dan penerima panggilan sahaja – memberikan lebih sekuriti, dan mengelak orang luar untuk curi dengar dan sebagainya.
Buat masa ini, ciri ini masih ditawarkan dalam bentuk pilihan, dan bukannya diaktifkan secara automatik. Mungkin kita akan melihat ia diperkenalkan dalam bentuk aktif kepada semua pada masa akan datang.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.