Digi kini dilihat telah mengemaskini penawaran Pakej Data Khas Belia, dimana bermula hari ini, ia turut hadir dengan akses data tanpa had untuk aplikasi TikTok dan juga Instagram.

Pakej Data Khas Beli ini ditawarkan pada harga RM20 sebulan, yang membolehkan anda menikmati akses data berkelajuan tinggi sehingga kuota 15GB. Selain itu, pengguna juga diberikan dengan akses tanpa had untuk aplikasi TikTok dan juga Instagram.
Apa pun, untuk makluman, pelan ini hanya terhad kepada mereka yang berumur antara 12 tahun ke 24 tahun sahaja. Digi turut mengatakan harga promosi RM20 ini adalah untuk tempoh terhad sehingga 31 Oktober 2021 kelak.
Bagi anda yang berminat, boleh melanggan Pakej Data Khas Beli ini melalui aplikasi MyDigi hari ini, atau dengan mendail *128#.