Lamborghini Countach Dilahirkan Semula Sebagai Kereta Hibrid 804HP

Diterbitkan pada Ogos 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Antara kereta palik ikonik semasa yang membesar di dekad 80an ialah Lamborghini Countach. Kereta lumba ini menjadi simbol dekad yang terkenal dengan perbelanjaan, pembaziran dan kereta dengan rekaan yang sangat ekstrem selari dengan prestasi ekstrem. Minggu ini secara tiba-tiba Lamborghini Countach 2021 diumumkan dan ia dilahirkan semula sebagai sebuah kereta hibrid sempena ulang tahun yang ke lima puluh.

Lamborghini Countach LPI 800-4 dilengkapi enjin 6.5 liter V12 yang membekalkan 769 kuasa kuda dengan motor elektrik yang membekalkan kuasa campuran 804 kuasa kuda kepada keempat-empat tayar. Kenderaan boleh memecut dari 0-100 kmj dalam masa 2.8 saat dan bergerak pada kelajuan maksimum 355 km/j.

Dari segi rekabentuk bahagian hadapan Countach asal digunakan semula cuma tanpa sistem lampu pop-naik yang ikonik. Pintu naik ke atas turut dikekalkan bagi memberikan akses kepada kokpit yang kini digital sepenuhnya. Sebuah skrin sebesar 8.4″ menjadi pusat kawalan sistem infohibur moden.

Sebanyak 112 unit Lamborghini Countach LPI 800-4 akan dijual bermuka 2022 dengan harga jualan bermula dari $2.64 juta (~RM 11.14 juta) sebuah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami