Xiaomi Mengacah Pengenalan Redmi 10 – Mengesahkan Kamera 50MP, Skrin 90Hz FHD+

Diterbitkan pada Ogos 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi hari ini telah mula mengacah pengenalan Redmi 10 baharu, sekaligus berkongsi beberapa perkara yang akan dibawakan oleh telefon pintar berkenaan.

Melalui gambar Redmi 10 yang dikongsikan, ia memperlihatkan rekaan empat sensor kamera belakang yang agak unik, disamping rekaan skrin hadapan berlubang.

Pada masa yang sama, Xiaomi turut mengesahkan ia akan dilengkapi skrin 90Hz FHD+, selain menyertakan kamera 50-megapixel bersama-sama dengannya.

Buat masa ini, tarikh pengenalan masih tidak diumumkan lagi. Dan salah satu perkara yang agak berbeza pada penjenamaan kali ini adalah jarak penulisan Redmi 10 yang agak janggal berbanding kebiasaan.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pengenalan telefon pintar ini tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami