Carian
(Ura-Ura) Samsung Galaxy Z Flip3 Mungkin Berharga RM3999, Galaxy Z Fold3 Mungkin RM6699
August 15, 2021 Amy Maizuraa

Sedia maklum, Samsung Galaxy Z Flip3 dan Samsung Galaxy Z Fold3 telah dilancarkan secara rasmi pada 11 Ogos yang lalu. Kedua-duanya membawakan penawaran dan penambah-baikan lebih segar. Namun sehingga ke hari ini, persoalan mengenai penawaran harga rasmi untuk pasaran tempatan masih belum terjawab.

Apa pun, melalui ujian laman web Samsung Malaysia yang dilakukan untuk sementara, harga jualannya dilihat tertiris lebih awal. Dikongsikan melalui forum LYN terlebih dahulu, ia menunjukkan Samsung Galaxy Z Flip3 (128GB) berharga RM3,999, sementara itu Galaxy Z Fold3 (256GB) pula bernilai RM6,699. Turut kelihatan, pembelian untuk Galaxy Z Fold3 (256GB) turut disertakan dengan seunit Galaxy Buds Pro secara percuma.

Harus ditegaskan harga yang dinyatakan di atas masih lagi diperingkat ura-ura dan belum dipastikan sama ada ia bakal menjadi harga rasmi atau sebaliknya. Jadi, sama-sama kita nantikan perkembangan lebih lanjut daripada pihak Samsung Malaysia sendiri berkaitan perkara ini.

Komen