Carian
Twitter Menghentikan Sementara Proses Verified Selepas Akaun Palsu Disahkan Secara Tidak Sengaja
August 15, 2021 Effi Saharudin

Proses pengesahan akaun Twitter Verified telah dihentikan sekali lagi oleh Twitter selepas beberapa akaun palsu telah disahkan secara tidak sengaja. Antara yang telah berlaku ialah akaun parodi penulis yang telah meninggal dunia menerima tanda biru disahkan yang amat didambakan pengguna.

Twitter Verified

Twitter berkata mereka akan mengemaskini proses permohonan dan pengesahan akaun bagi mengelakkan insiden memalukan ini dari berulang lagi. Mereka memohon maaf kepada pemohon yang sedang menanti untuk akaun mereka disahkan secara rasmi. Dalam laporan The Verge, proses pengesahan akaun ini mungkin akan disambung semula dalam masa beberapa minggu.

Komen