Twitter Akan Mengubah Kontras Antaramuka Aplikasi Selepas Menerima Komen Pengguna

Diterbitkan pada Ogos 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Beberapa minggu lepas, Twitter dilihat telah memperkenalkan perubahan kepada rekaan antaramuka dan juga fon teks Chirp untuk memudahkan pembacaan teks pada aplikasi tersebut. Walaupun perubahan ini dilihat benar memudahkan pembaca untuk membaca ciapan pada aplikasi Twitter, ia masih memperkenalkan beberapa masalah baru kepada pengguna.

Paling khususnya ialah kontras diantara warna latar belakang dan juga butang-butang yang diperkenalkan dengan kemaskini baru tersebut. Terdapat ramai pengguna Twitter yang mengatakan bahawa mereka menghadapi masalah migraine apabila menatal aplikasi Twitter kerana nilai kontras yang keterlaluan pada aplikasi tersebut.

Terdapat juga pengguna yang mengatakan bahawa mereka tidak begitu menggemari fon Chirp yang baru diperkenalkan, dan mahu supaya diberikan kebolehan untuk menukar balik kepada fon asal.

Akaun Twitter Accessibiilty telah mengatakan bahawa mereka menerima banyak maklumbalas mengenai rekaan antaramuka aplikasi tersebut, dan akan cuba untuk melakukan pembaikan pada antaramuka mereka supaya ia lebih selesa digunakan.

Setakat ini ia tidak diketahui lagi bilakah Twitter akan memperkenalkan pembaikan-pembaikan ini pada aplikasi mereka.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami