Cari @ Amanz

Elon Musk dan Tesla adalah dua nama yang sangat terkenal di arena teknologi kerana kesungguhan mereka untuk membangunkan teknologi kereta elektrik dan pintar untuk kegunaan global. Tesla juga adalah diantara syarikat yang paling bernilai di dunia, tetapi tahukah anda bahawa Elon Musk tidak menerima sebarang gaji sepanjang 2020?

Tesla baru-baru ini mengumumkan bahawa Elon Musk tidak menerima sebarang gaji sepanjang tahun 2020, turun daripada $23,760 (~RM100,000) pada tahun 2019. Walaupun begitu, Tesla mengatakan bahawa Elon Musk tidak mengambil gaji tersebut, dan gaji-gaji pada beberapa tahun sebelum ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan daripada syarikat tersebut, pampasan Elon Musk dari segi pembayaran hanyalah daripada nilai dan jumlah stok yang diterima olehnya. Jumlah dan nilai stok tersebut akan meningkat apabila Elon berjaya memastikan bahawa Tesla meningkatkan kebolehan operasi syarikat tersebut berdasarkan had masa yang diberikan.

Ini sedikit sebanyak menjawab bagaimana Tesla dilihat berkembang dengan pesat di luar Amerika Syarikat, khususnya di China dalam masa beberapa bulan ini. Tesla juga dilihat mahu mengembangkan sayap penjualan kenderaan elektrik dan pintar mereka di lebih banyak negara lagi dalam masa terdekat ini.

Tesla tidak menyatakan berapa banyakkah jumlah dan nilai stok yang dimiliki oleh Elon Musk, tetapi sebagai perbandingan, Ketua Pegawai Kewangan syarikat tersebut, Zachary Kirkhorn telah menerima gaji sebanyak $41 juta (~RM170 juta) pada tahun yang sama.

Sumber: Reuters

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd