Touch ’n Go eWallet Kini Menawarkan Sokongan Pelaburan Go+ Patuh Syariah

Diterbitkan pada Ogos 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Touch ’n Go eWallet kini dilihat telah mengemaskini sokongan pelaburan Go+, menjadikanya mesra muslim, dan akhirnya telah melabelkannya sebagai sebuah pelaburan yang patuh syariah.

Dengan langkah ini, ia membolehkan mereka yang beragama Islam turut menyertai Go+, dan melakukan pelaburan serta menerima pulangan harian melaluinya.

Touch n Go eWallet GO+

Go+ merupakan ciri yang telah diperkenalkan pada Mac lepas, membolehkan pengguna membuat pelaburan menggunakan baki dompet digital, atau membuat pelaburan melalui perbankan atas-talian.

Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pelaburan di Go+ pada dompet digital TNG eWallet bermula hari ini pada nilai permulaan serendah RM10.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami