Cari @ Amanz

Oppo Reno6 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Esok

Link Copied!

Seperti yang diketahui umum, Oppo Malaysia dalam perancangan untuk memperkenalkan sebuah lagi model baharu di bawah siri Reno6 mereka – iaitu Oppo Reno6 Pro. Telefon pintar ini turut memfokuskan kepada pengalaman kamera yang baik. Di samping itu, ia juga akan dijana dengan cip Snapdragon 870, memori 12GB RAM, storan dalaman 256GB dan dua pilihan warna menarik seperti Arctic Blue atau Lunar Grey.

Untuk makluman semua, Oppo Reno6 Pro akan dilancarkan secara rasmi esok – iaitu 17 Ogos 2021. Acara pelancaran ini bakal berlangsung secara atas talian menerusi laman Facebook dan Youtube rasmi Oppo Malaysia bermula jam 6.30 petang. Bersama-sama denganya, Oppo turut menawarkan 2 unit Oppo Reno6 Pro dan 3 unit Oppo Enco Air yang diberikan secara percuma menerusi peraduan giveaway. Jadi seperti biasa, kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini lebih lanjut – termasuklah penawaran harga peranti.


Komen ()