Cari @ Amanz

Google Dan Facebook Bekerjasama Untuk Membangunkan Kabel Dasar Laut Baru Apricot Yang Menghubungkan Jepun dan Asia Tenggara

Oleh Nazrin

Link Copied!

Untuk meningkatkan capaian rangkaian Internet di seluruh dunia, syarikat-syarikat teknologi dilihat membantu rantau-rantau di seluruh dunia dalam usaha membangunkan infrastruktur rangkaian mereka. Terkini, Facebook dan Google dilaporkan akan membangunkan kabel dasar laut yang akan menyambungkan Jepun dan sejumlah negara di Asia Tenggara yang dapat menjanjikan kelajuan Internet yang pantas di antara negara-negara ini.

Kabel dasar laut terbaru ini dinamakan Apricot dan akan menyambungkan negara-negara Japan, Singapura, Taiwan, Guam, Filipina dan Indonesia dan akan dibangunkan oleh dua syarikat tersebut, bersama-sama dengan satu lagi projek kabel dasar laut yang dinamakan Echo.

Malah, projek kabel dasar laut Apricot ini adalah lanjutan kepada projek kabel dasar laut Echo yang akan melalui kawasan berlainan di rantau ini. Dengan kedua-dua projek kabel ini, ia dijangka bahawa kadar penggunaan rangkaian fiber dan 5G di rantau ini akan meningkat dengan mendadak, khususnya apabila projek kabel Apricot menjadi aktif pada tahun 2024 kelak.

Google dan Facebook menjangkakan bahawa rantau Asia Tenggara akan menjadi pasaran digital seterusnya yang akan meledak penggunaannya dalam masa beberapa tahun lagi, dan pelaburan dalam projek-projek kabel dasar laut ini akan memastikan bahawa rakyat di rantau-rantau ini dapat mengakses pelbagai perkhidmatan Internet dengan lebih mudah di masa akan datang.

Sumber: Google Blog


Komen ()