Samsung Galaxy Z Fold dan Samsung Galaxy Z Flip 3 menjadi taruhan terkini dalam koleksi model baharu daripada Samsung. Mereka mengetengahkan pelbagai elemen, ciri dan fungsi yang menarik sesuai untuk pengguna yang sukakan kelainan. Jika anda berhasrat untuk memiliki memilikinya, Samsung kini mengumumkan harga jualan rasmi untuk kedua-dua model seperti yang dinyatakan di bawah :
- Samsung Galaxy Z Flip3 (128GB) – RM3,999
- Samsung Galaxy Z Flip3 (256GB) – RM4,199
- Samsung Galaxy Z Fold3 (256GB) – RM6,699
- Samsung Galaxy Z Fold3 (512GB) – RM7099

Pra-tempah akan dibuka bermula 19 Ogos – 21 September 2021 menerusi beberapa platform seperti kedai atas talian dan pengedar sah Samsung di seluruh Malaysia. Lebih menariknya, setiap pembelian yang dibuat untuk mana-mana model tersebut akan disertakan dengan hadiah menarik secara percuma.
Di mana, pembelian untuk Samsung Galaxy Z Fold3 akan menerima baucar bernilai RM850 berserta pakej Samsung Care+ yang berharga mencecah RM799. Sementara itu, pembelian untuk Samsung Galaxy Z Flip3 pula didatangkan dengan baucar bernilai RM600 dan pakej Samsung Care+ yang juga bernilai mencecah RM699.
Khas buat pembaca Amanz, gunakan kod [ AMZF3VIP ] untuk turut mendapatkan Galaxy SmartTag Twin Pack yang bernilai RM209 secara percuma, sementara stok masih ada. Tempah Galaxy Z Fold3 | Flip3 anda disini.