Cari @ Amanz

Skrin Eco ² OLED Samsung Galaxy Z Fold3 Mengurangkan Penggunaan Bateri Sehingga 25%

Link Copied!

Kapasiti bateri Samsung Galaxy Z Fold 3 hanya sebesar 4300 mAh dan adalah lebih kecil berbanding Z Fold2 (4500 mAh) dan S21 Ultra (5000 mAh). Wujud kerisauan kombinasi skrin besar dan bateri lebih kecil akan mengakibatkan waktu penggunaan Z Fold3 akan menjadi terlalu pendek. Tetapi kerisauan ini akan diselesaikan menerusi inovasi skrin Eco² OLED yang digunakan Samsung.

Skrin baharu Eco² OLED tahun ini mengurangkan penggunaan bateri sehingga 25% berbanding panel OLED genersi terdahulu. Ini dicapai dengan membuang lapisan polarizer di antara panel OLED dan UTG. Dengan penjimatan tenaga ini bukan sahaja skrin menjimatkan penggunaan bateri tetapi juga lebih terang sehingga 33% dan membolehkan teknologi kamera bawah skrin UDC digunakan pada skrin boleh lipat Z Fold3.


Komen ()