Ciri ketercapaian (accessability) jarang diakses oleh majoriti pengguna mereka tidak bukan dari golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Tetapi bagi membolehkan OKU mengawal peranti secara kendiri, ciri ketercapaian diperkenalkan sejak dahulu lagi dan ia akan semakin bertambah pada Android 12 kelak.

Menurut laporan XDA Developer, dalam versi terkini Android 12 Beta ciri ketercapaian mengawal peranti menggunakan gestur muka. Gestur muka yang disokong ialah menggerakkan alis mata, membuka mulut, senyum, mata memandang ke atas, mata memandang ke kiri, dan mata memandangkan ke kanan.
Ini kemudian boleh dipadankan kepada aksi menatal skrin ke atas, menatal skrin ke bawah, kembali ke skrin home. kembali ke belakang dan banyak lagi. Setiap kawalan mengesan gestur dan tahap sensitivitinya juga boleh diubah oleh pengguna secara manual. Dengan pengenalan ciri-ciri baharu ini, OKU boleh hidup dengan lebih selesa tanpa mengharapkan bantuan orang sekeliling.