Carian
ASUS ROG Phone 5s dan 5s Pro Kini Rasmi – Snapdragon 888+, 18GB RAM dan Skrin 144Hz
August 16, 2021 Effi Saharudin

ASUS ROG Phone 5s dan ASUS ROG Phone 5s Pro telah dilancarkan secara rasmi hari ini sebagai model kemas kini kepada siri ASUS ROG Phone 5 yang diumumkan awal tahun ini. Penambahbaikan terletak pada pengguna pemproses Snapdragon 888+ yang lebih pantas tanpa sebarang perubahan besar pada rekabentuk tubuh.

ASUS ROG Phone 5s Pro ialah model paling mercu dengan skrin 6.78″ AMOLED FHD dengan sokongan sehingga 144Hz. Buat pertama kalinya mod 90Hz juga disertakan bagi mereka yang mungkin tidak memerlukan kada segar semula yang ultra tinggi. Cip Snapdragon 888+ dipadankan dengan memori sehingga 18GB RAM LPDDR5, storan sehingga 512GB UFS 3.1 dan bateri sebesar 6000 mAh. Dengan sistem dwi-bateri, pengecasan pantas HyperCharger 65W disokong.

Spesifikasi kamera pula adalah 64MP + 13MP + 5MP dengan teknologi manakala kamera swafoto pula adalah 24MP. Beralih ke sistem audio pula, sistem pembesar suara stereo dengan sokongan GameFX dan Dirac HD Sound disertakan. Model Pro dilengkapi dua pad sesentuh tambahan pada panel belakang bersama dengan butang bahu ultrasonik AirTrigger 5 . Selain itu skrin ROG Vision dari keluarga PMOLED melengkapi rekaan agresif gamer pada bahagian belakang yang boleh dikustomasi oleh pengguna

ASUS ROG Phone 5s pula mempunyai spesifikasi yang sama cuma tanpa dua pad sesentuh pada panel belakang. Kerana kedua-dua peranti hanya sekadar bertukar ‘enjin’ yang lebih berkuasa. Kesemua aksesori alat kawalan fizikal ,sistem penyejuk dan kerangka khas yang ditawarkan untuk ASUS ROG 5 boleh digunakan juga pada model ini tanpa sebarang masalah. Sistem operasi yang digunakan pula masih Android 11 dengan pelancar ZenUI 8/ROG UI.

Harga jualan ASUS ROG 5S di Taiwan ialah NT$ 29,900 (~RM4552) untuk 16/256GB, NT$ 33,900 (~RM5161) untuk 18/512GB sementara harga ASUS ROG 5S Pro pula ialah NT$ 37,900 (~RM5770) untuk 18/512GB dengan pilihan warna hitam ataupun putih.

Komen