Intel sedia mengatakan sebelum ini mereka akan memasuki arena grafik GPU untuk pengguna, dan hari ini mereka secara rasminya memperkenalkan penjenamaan untuk penawaran GPU mereka.
Dinamakan sebagai Intel Arc, ia dijangka akan dilancarkan pada pertengahan pertama 2022 kelak.
GPU pertama dibawah Intel Arc ini kini dikenali dengan nama “Alchemist”, dan disasarkan untuk pengguna desktop dan juga komputer riba.
Dengan penyertaan ini, Intel sekaligus akan bersaing dengan pihak NVIDIA dan juga AMD dalam penawaran kad grafik masing-masing – sekaligus membawa kepada persaingan tiga penjuru.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut perniagaan grafik Intel ini, dan bagaimanakah prestasi dan penawaran teknikalnya kelak.