Huawei Nova 9 Dijangka Hadir Seawal Bulan September 2021

Diterbitkan pada Ogos 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri Huawei Nova merupakan siri peranti yang disediakan oleh Huawei dalam menyasarkan pengguna muda, dan hadir dengan rekaan yang lebih “remaja”.

Setelah memperkenalkan siri Huawei Nova 8 pada penghujung tahun lepas, kini pengeluar dari China berkenaan dijangka memperkenalkan kemaskini untuknya melalui Huawei Nova 9 seawal September ini.

Mengikut desas-desus awal, Huawei Nova 9 dijangka hadir dengan beberapa elemen rekaan Huawei P50 sebelum ini, dan mungkin dijana cip 4G sahaja seperti P50 sebelum ini.

Buat masa ini, spesifikasi penuh untuknya tidak diketahui. Ia turut diperkatakan Huawei Nova 9 mungkin menawarkan cip yang kurang berkuasa berbanding Honor 50 (yang menggunakan Snapdragon 778G).

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan beberapa minggu lagi untuk mendengar lanjut berkaitan perkara ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami